28 Mei 2013

APA LAGI MCA TAK MAHU BUAT!!

Penelitian jadual di atas oleh blogger MyMassa mendapati bahawa dalam masa dua tahun yang menyusuli PRU 2008, MCA hanya mendaftar seramai 2,897 orang pengundi manakala DAP mendaftarkan seramai 55,321 orang pengundi dalam tempoh yang sama (6 bulan).

Pengundi baru sama ada didaftarkan atau yang dipindah ke Gelang Patah telah membantu memenangkan Lim Kit Siang dan juga calon-calon bidan terjun lain DAP di Johor, negeri sasaran DAP bagi PRU13.

Dari bulan Mac 2010 sehingga bulan Mei 2012 pula, DAP berjaya mendaftarkan seramai 201,668 pemilih baru dalam jangkamasa 26 bulan tersebut, menurut maklumat yang didedahkan Ketua Wanita MCA Tan Cheng Liang.
Tutup sahaja pusat khidmat masyarakat MCA

Untuk mengetahui kenapa blogger MyMassa menyokong cadangan untuk membiarkan wakil rakyat Pakatan sahaja yang buat kerja menyelesaikan masalah rakyat, sila ke laman http://mymassa.blogspot.com/2013/05/rahsia-besar-mca-dan-gerakan-buat-majik.html

http://theunreportednews.blogspot.com/2013/02/lelaki-cina-pulau-pinang-tunjuk-isyarat.html#.URrNvPKAHAt
Tiada apa-apa yang mampu dibuat oleh BN yang akan boleh melembutkan hati masyarakat Cina kecuali Umno rela membunuh diri.

Demi memujuk orang Cina, Najib Razak telah mengenakan baju merah sewaktu sambutan perayaan Tahun Baru, telah bertandang ke Penang untuk bersama-sama meraikan konsert penyanyi Korea Psy serta telah mengucap beberapa ungkapan dalam bahasa Mandarin.

Namun beliau masih lagi dikecam orang Cina yang bertanya kenapa perdana menteri tidak bertutur bahasa Hokkien — loghat utama orang tempatan di situ.

Saban hari pula Jerusubang merengek-rengek tentang “reconciliation” dalam semua media (melainkan Utusan) yang dikawal sepenuhnya oleh mereka. Sudah jemu lah.

Selama lima tahun yang lepas ini, belum cukupkah Najib dengan usaha-usahanya untuk berdamai?

http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/national-reconciliation-or-retaliation/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan