Aku simpati dengan Datuk Mustapha Ali jika memang benar dia difitnah.. Perkara yang begitu mengaibkan dalam hidupnya pada jawatan dan peringkat umurnya.. Bagaimana perasaan isteri, anak serta cucunya bila melihat gambar2 dan video beliau tersebar di seluruh blog dan facebook...
Bila menonton dan mendengar ulasan Haji Hadi berkenaan isu video lucah ini, aku agak terkejut dan tersinggung dengan kenyataannya dari awal rakaman hingga ke akhir...
Bila menonton dan mendengar ulasan Haji Hadi berkenaan isu video lucah ini, aku agak terkejut dan tersinggung dengan kenyataannya dari awal rakaman hingga ke akhir...
Pada minit 00:30, bila ditanya adakah beliau akan mengadakan sidang akhbar berkaitan kes ini, dia menyatakan tidak perlu berbuat demikian dan 'orang semua tahu siapa PAS' (maknanya orang-orang PAS tidak ada dosa ke?).. Jawapan yang angkuh dan sombong.. kemudian dia memberitahu akan buat sembahyang hajat untuk mencari kebenaran..
Jika begitu senang untuk lepas dari hukuman dunia, aku pun ingin jadi ahli PAS... Jaminan Haji Hadi dengan sembahyang hajat sudah memadai.. kemudian berserah kepada Allah.. tidak perlu diadili di dunia...
Sebagai seorang ketua atau pemimpin perlulah adil dari segi perbuatan mahu pun percakapan... apa salahnya jika dia menyatakan, "pihak pimpinan berserta beberapa ahli jawatankuasa akan buat siasatan terperinci dan perkara ini janganlah diperpanjangkan demi menjaga aib beliau dan tindakkan akan diambil bergantung pada keadaan".. kalau ayat itu yang keluar, kan senang hati mendengarnya...
Ini bukan masalah kempen untuk pilihanraya seperti didakwa Haji Hadi, tapi ini melibatkan isu besar melibatkan hukum Islam, iaitu FITNAH dan ZINA... jalan terbaik untuk menghentikan semua ini ialah meminta Datuk Mustapha bersumpah "wabillahi, wattallahi".. Inshaa Allah, aku dan juga yang lain sebagai orang Islam akan berpuashati dan percaya bahawa beliau berada dipihak yang benar dan telah menjadi mangsa fitnah.... wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan