4 April 2013

MENGUNDI PR / PAS ADALAH HARAM - 1

Setakat ini BELUM pernah ada pihak yang berani mengeluarkan pengisytiharan bahawa mengundi Pas pada pilihan raya adalah haram. Selama ini, kita hanya mendengar fatwa-fatwa `SONGSANG' Pas yang mendakwa mengundi parti itu yang memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud, mendapat syurga.

Kita sebagai umat Islam di negara harus sedar bahawa agama kita hari ini dalam keadaan bahaya diperkotak-katikkan oleh orang bukan Islam. Hari ini kita berpecah belah bukan kerana unsur yang dimainkan oleh puak-puak kita orang Islam, tetapi dimainkan oleh orang bukan Islam.

Mari kita lihat dari sudut 'TAHALUF SIYASI' yang membawa makna kerjasama gerakan Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Tahaluf siyasi juga boleh diterjemahkan dengan maksud kerjasama politik, ulama memecahkan maksud tahaluf kepada dua komponen iaitu : 
  • Meminta bantuan daripada orang kafir 
  • Orang Islam membantu orang kafir. 
Pendapat ulama tentang tahaluf siyasi ada dua pendapat, para ulama berbeza pandangan tentang hukum bekerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak sebarang usaha kerjasama ini serta menghukumkan kerjasama ini sebagai haram, di antara mereka yang menghukumkan haram ini ialah : 
  • Sheikh Muhammad Khuttub 
  • Sheikh Al-Imam Abu Nasir Mohamad Bin Abdullah 
Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi, HARUS tapi bersyarat. Antaranya ialah : 
  • Dr. Yusof Al-Qardawi 
  • Dr. Mustafa Attahan 
  • Sheikh Mohammad Ahmad Arrasyid 
  • Dr. Solah Assowi 
  • Dr. Munir Ghazban 
Kalau kita lihat pendapat pertama yang mengharamkan tahaluf secara mutlak, pendapat ini merupakan pendapat kebanyakan ulama, mereka berhujah dengan hadith-hadith sahih yang menyebut - ‘‘'Aku tidak meminta pertolongan daripada orang kafir'

Dalil daripada al-Quran yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahluf siyasi ialah sebagaimana ayat 9 dalam Surah Al-Mumtahanah yang bermaksud : 
"“Sesungguhnya Allah hanya melarang kami menjadikan mereka sebagai kamu mu iaitu orang-orang yang memerangi kamu dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampung halaman mu dan membantu orang lain untuk mengusir mu. Sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan mereka itulah orang-orang yang zalim". 
Kedua, dalam Surah Al-Mujadalah yang bermaksud : 
"“Engkau tidak akan mendapatkan satu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasulnya, sekali pun orang-orang itu bapanya, anaknya, saudaranya dan keluarganya." 
Dalam Surah An nisa ayat 138-139 bermaksud “ 
"Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa sesungguhnya mereka akan mendapat seksaan yang pedih iaitu orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir yakni kafir harbi sebagai pemimpin, penasihat, teman rapat dengan meninggalkan orang-orang beriman. Adakah mereka mencari kekuatan di sisi orang-orang kafir itu?" 
Maksudnya adakah di sisi orang kafir itu ada kekuatan? Hendak mengambil orang kafir harbi ini sebagai sekutu, adakah di sisi mereka ada kekuatan? Itu Allah sebut. 

Allah menjawab -
"Maka sesungguhnya semua kekuatan itu adalah milik Allah." 
Maksudnya kerjasama orang Islam akan menjadi kuat sekiranya umat Islam bersatu, dan jelas hari ini kita tengok Pas mengambil DAP meninggalkan UMNO, Barisan Nasional. Hendak berwadah, bersatu padu pun menolak, hari itu hendak bermuzakarah tak jadi, UMNO mahu, tetapi Pas menolak, kerana dia menyangka dapat menjatuhkan UMNO dengan bekerjasama dengan DAP dan PKR. Sedangkan Allah kata adakah di sisi mereka itu ada kekuatan? 

Maka kita tengok di sini Allah seterusnya menyebut - “"Apabila kamu mendengar ayat Allah diingkari" dan kita sudah dengar Pengerusi DAP, Karpal Singh mengisytiharkan bahawasanya ‘"Langkah mayat aku dulu", di tempat lain dia mengatakan, 
‘"Langkah mayat kami dulu sekiranya hendak melaksanakan hukum hudud di Malaysia dan juga hendak melaksanakan negara Islam" 
Dan kini kita sudah dengar Karpal bertegas mahu menggunakan kalimah Allah di dalam kitab Bible walaupun ditentang oleh sebahagian besar umat Islam. Jadi maknanya dia telah melanggar perintah itu. Maksud ayat berikutnya, '“Dan dipermain-mainkan'

Inilah antara sebab kenapa kita sebagai umat Islam Malaysia wajib undi Barisan Nasional demi menjaga kesejahteraan Islam sebagai agama rasmi negara kita - Bahagian 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan