22 Mac 2013

TERKINI! PENGGANTI ANWAR DI PERMATANG PAUH DIKENAL PASTI..

Parlimen Permatang Pauh - DUN Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir

Sekarang warga tempatan Parlimen Permatang Pauh kecoh dengan khabar media yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak akan bertanding lagi di parlimen tersebut pada PRU13 yang akan datang.

Bukan sahaja kerusi parlimen menjadi perbualan tetapi juga calon-calon pakatan pembangkang yang bakal diletakkan di DUN Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir.

Pelbagai input MiM terima daripada sumber-sumber Permatang Pauh tentang wujudnya lobi-melobi di DUN Penanti dan Seberang Jaya di kalangan mereka yang teringin menjadi calon untuk Pakatan pembangkang.

Salah seorang daripadanya ialah senior MiM dahulu.

Begitu juga dengan nama seorang pemimpin wanita yang bergelaran Dr. dan dikaitkan dengan DUN Penanti.

Terdapat juga nama-nama calon muda yang teringin menjadi calon di DUN Seberang Jaya. MiM juga difahamkan bahawa sudah wujud geng-geng di kalangan PKR Permatang Pauh dan terdapat arahan kumpulan-kumpulan gerak gempur yang bergerak bersama kumpulan wanita ahli PKR.

Malah MiM juga difahamkan bahawa terdapat perselisihan faham kerana ada yang memperlekehkan jentera wanita kononnya beliau akan tetap kuat tanpa wanita cabang.

Begitu juga dakwaan wujudnya perbezaan calon di antara 2 pemimpin tertinggi PKR.

Permatang Pasir masih menjadi kerusi harapan kepada parti PAS Pulau Pinang walau pun ADUN sekarang terpaksa berdepan dengan isu perlantikkan YDP MAIPP yang agak pelik sebelum ini.

Dan diperingkat Parlimen pula, berita menarik telah pun dilaporkan oleh rakan-rakan bloggers Pulau Pinang sebelum ini.
Sila baca :
Keputusan Anwar untuk tidak bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti tidak mengejutkan dan sudah dijangka oleh kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat di P.Pinang.  
Difahamkan, Anwar sudah awal-awal lagi di dalam beberapa mesyuarat membayangkan untuk meletakkan anak perempuannya bagi menggantikan beliau di kawasan tersebut. 
Menariknya, bukan Nurul Izzah yang dipilih oleh Ketua Umum PKR tersebut untuk bertanding di Permatang Pauh, sebaliknya Anwar memilih Nurul Nuha sebagai calon muda untuk berhadapan dengan calon dari UMNO.  
Kenapa Anwar lebih utamakan Nurul Nuha dari Nurul Izzah yang jauh berpengalaman didalam bidang politik? 
Untuk laporan seterusnya : KLIK SINI dan KLIK SINI
Banyak lagi input-input terbaru tentang jentera pilihanraya Permatang Pauh yang akan MiM kongsi bersama anda dari masa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan