27 Mac 2013

SKANDAL RM2.25 BILLION - PROJEK TROWONG DAP DIBONGKAR!

Dulu kos RM 4.08 Bilion , sekarang 2013 dah jadi RM 6.3 Bilion. Pertambahan RM 2.25 bilion itu komisyen ka ?? Open tender CAT boleh naik lagi harga projek ..

SPRM wajib siasat projek mega kroni kerajaan DAP ini !!

Ketua Menteri, Lim Guan Eng digesa menjelaskan peningkatan kos sehingga RM2.25 bilion bagi projek pembinaan terowong dasar laut berserta tiga lebuh raya yang dirancang kerajaan DAP negeri.

Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, H'ng Khoon Leng berkata, perkara itu perlu dijelaskan memandangkan Guan Eng pada September 2011 mengumumkan pembinaan projek mega berkenaan hanya bernilai RM4.08 bilion.

Oleh itu tegasnya, Ketua Menteri perlu menjelaskan bagaimanakah konsep tender terbuka yang dilaksanakan kerajaan DAP negeri boleh menyebabkan kos projek berkenaan meningkat kepada RM6.3 bilion seperti yang diumumkan sendiri oleh Guan Eng baru-baru ini.

"Kita terkejut dengan peningkatan kos tersebut dan mahu penjelasan secara terperinci oleh Guan Eng memandangkan jumlah RM4.08 bilion itu diperoleh melalui portal kerajaan negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan