15 Mac 2013

PERUTUSAN PENTING NIK AZIZ UNTUK AHLI PAS...


Mari kita baca apa komen Zulkifli Nordin mengenai PAS yang kononnya sebuah parti Islam... Ahli-ahli PAS sila jawab apa yang Zul Nordin tulis di sini..


" BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU"



Laaa..sejak bila pula UMNO mengkhianati perjuangan Islam..Nyanyuk ke apa orang tua ni..Bukan ke DAP yang tak setuju perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam...jadi untuk menjaga hati DAP dalam pakatan haram..PAS sanggup menukar perjuangan mereka yang sejak dari dulu lagi iaitu untuk menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan..UMNO tak pernah paksa pun PAS menukar hala tuju perjuangan mereka..

Tengok apa jadi dengan hukum hudud..."bersetuju untuk tidak bersetuju"..Kenapa PAS beriya-iya salahkan UMNO tolak hukum hudud...tapi bila DAP bersuara kata hukum hudud tiada dalam buku jingay..PAS diam dan akur kemahuan DAP...sehingga kini tidak ada lagi bunyi hukum hudud nak dilaksanakan...Bukan ke Nik Aziz pernah berkata pakatan haram telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Kenapa sehingga sekarang DAP masih anti dengan Islam??

Jom kita baca apa Zulkifli Nordin tulis mengenai PAS yang kononnya sebuah parti Islam...EP harap ada ahli PAS yang hebat tolong jawab persoalan ini...

Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".

Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.

Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.

Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?

Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!

Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!

Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!

Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan