9 Mac 2013

PERIBUMI PERKASA


Apakah sebenarnya peranan PERKASA yang selalu digah-gahkan segelintir masyarakat. Pada Oktober 2010, aku ada mengisi borang pendaftaran keahlian PERKASA dengan yuran keahlian sebanyak RM10.00 untuk seumur hidup. Semasa pendaftaran aku telah diberi satu pelekat kereta berlogokan PERKASA (seperti logo di atas) dan  seutas kain ikat kepala berwarna kuning yang bertulis PERKASA.


Masalahnya sehingga sekarang aku langsung tidak mengetahui apakah aku seorang ahli Pertubuhan Peribumi PERKASA secara rasmi atau pun tidak. Ini kerana semasa pendaftaran dulu, mereka berjanji akan memproses kad keahlian PERKASA dan akan diberi pada aku dalam masa tiga bulan. Namun sehingga sekarang aku masih tertanya-tanya.

Apabila aku lihat ada aktiviti yang melibatkan PERKASA, aku rasa tidak puashati kerana aku langsung tidak tahu cara mana untuk aku bergabung dengan mereka.

Mohon penjelasan mereka yang terbabit kerana masih ramai rakan-rakan yang mendaftar bersama aku dulu yang masih tidak berpuashati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan