16 Mac 2013

HENTIKAN PENGAMBILAN AMAH DARI INDONESIA SEKARANG!!!

Hanya menjaga bayi, pembantu rumah Indonesia perlu dibayar RM700 dan tidak boleh diarah melakukan kerja-kerja lain selain satu tugas khusus sahaja. Begitu juga jika tugas memasak. Begitu juga tugas mencuci kain. Begitu juga tugas mengemop lantai, begitu juga lain-lain tugas.

Biasanya bayaran menjaga anak jika dihantar ke rumah pengasuh antara RM200 hingga RM300 sahaja. Nampaknya, dengan menggunakan khidmat 'pengasuh import' nilainya meningkat 3 kali ganda. Adakah si anak yang diasuh pengasuh import ini akan terjamin keselamatannya?

Indonesia mahu menghentikan penghantaran pembantu rumah ke mana-mana negara dunia ini mulai tahun 2017. Mungkin tahun inilah Malaysia patut berhenti dari melanggan pembantu rumah Indonesia untuk bantuan domestik.

Sebagai alternatif, pembantu rumah berasaskan kerja siang boleh digajikan terdiri dari rakyat tempatan. Masuk pagi, pulang petang. 

Cukup kelakar sekali kerana Indonesia amat menitikberatkan kebajikan pembantu rumahnya di luar negara sedangkan di kota Jakarta sendiri, pembantu rumah mereka diperlakukan seperti hamba oleh rakyat sewarganegara. Diberi uniform, diherdik, dan ada yang perlu berdiri di tepi keluarga majikan yang sedang menikmati hidangan di meja makan, sebijik seperti filem Labu Labi. 

Jangan haraplah untuk mengikut buntut majikan pergi melancong seperti yang dinikmati dari sesetengah majikan di negara ini.

SEORANG AMAH, SATU TUGAS 
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA 
saharudin.musthafa@utusan.com.my 

JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.

Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka. 

Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan