13 Mac 2013

Ghafir bekas Timbalan Panglima TD perleceh ATM 'duduk reban ayam'

Lt.Gen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid
KUALA LUMPUR 13 Mac - Menyedari masyarakat tidak menerima sebaliknya mengutuk mereka kerana mendakwa pencerobohan pengganas di Sabah sebagai sandiwara, pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara.



Terbaru malam tadi, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini "hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau dengan mudah membuat kesimpulan sendiri bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana.

Ghafir juga seolah-olah memperkecilkan peranan pasukan keselamatan apabila mendakwa Ops Daulat telah gagal pelaksanaannya sehingga ke hari ini.

Ketika berucap ketika menjadi anggota panel Forum T anjuran Akademi Pak Sako bertajuk ‘Solidariti Lahad Datu’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini, beliau berkata:

"Tiada misi jelas dalam operasi ketenteraan di Lahad Datu, kita tengok sekarang tentera duduk di bawah rumah orang, di reban ayam. Sepatutnya agensi keselamatan lain yang buat itu.

"Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai operasi pada peringkat awal.

"Sepatutnya dari awal lagi kerajaan mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder (penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal."

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor portal propembangkang, Malaysiakini, Fathi Aris Omar.


Seorang pegawai polis juga telah memberi komen terhadap sikap Timbalan Panglima Tentera Darat itu yang dianggapnya menghina pasukan PDRM dan ATM.

Katanya, "Lt. Gen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid, Bekas Timb.PAT.... Bukan memperlekeh tugas dan peranan pasukan keselamatan yg sedang mempertahankan kedaulatan ketika ini malah mungkin sesuai menghina. Seorg yg pernah memegang jawatan tertinggi dlm ATM tetapi kini jadi apa? Org2 seperti ini semakin berani dan lantang mengkritik berbanding membantu...dlm masa yg sama ada anggota pasukan keselamatan terkorban termasuk anggota ATM selain PDRM semata2 mempertahankan negara....
manusia apa ini? Alangkah baik kalau dia yg berpengalaman luas dlm ATM membantu ataupun pi berjuang sekali drpd ingin muncul dan famous dlm keadaan kedaulatan negara diceroboh ketika ini....kalau dia anti PDRM pun suka dialah, mungkin dia ada alasan tersendiri tapi memperlekehkan pasukan keselamatan dlm situasi mcm ni utk FAMOUS kira x de perasaan dan fikiran lah kiranya...
apa pun kalau pernah kecewa dlm servicenya jgn jadikan keadaan kini menjadi landasan utk mengecam PDRM dan bekas pasukannya sendiri...nak kata apa lg utk org mcm ni?"..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan