14 Mac 2013

DIMANA ANWAR IBRAHIM KETIKA PERAJURIT KITA GUGUR?


Dalam kemelut pertempuran di Lahad datu, 10 orang anggota keselamatan negara telah terkorban. Pada 4 Mac lalu ketibaan jenazah 2 wira negara telah sampai di Lapangan Terbang Subang dan telah disambut oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib dan beberapa pemimpin lain.

Semalam, 13 Mac, dua lagi anggota tentera yang terkorban sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan jenazah 2 wira negara ini telah disambut pula oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz serta beberapa pemimpin Kerajaan Negeri.

Yang menghairankan, mana perginya Ketua Pembangkang, Dato' seri Anwar Ibrahim semasa jenazah-jenazah wira negara tiba. Adakah beliau yang selama ini mendabik dada mengaku sebagai  'HERO RAKYAT' tiada langsung perasaan sedih dengan terkorbannya perajurit kita dalam mempertahankan kedaulatan negara? 

Sepatutnya jika dia benar-benar seorang pemimpin yang memperjuangkan kepentingan rakyat, kehadirannya semasa ketibaan jenazah wira-wira negara di lapangan terbang adalah  penting. 

Memang inilah sikapnya. Dia lebih sibuk berkempen kesana sini dalam persiapan menghadapi PRU13 dan terus memburuk-burukan kerajaan. tidak ada langsung perasaan sedih dihatinya dengan pengorbanan wira kita. Padanya pengorbanan pejuang-pejuang negara tiada membawa nilai dan kepentingan pada dirinya. 

Lihat dan nilai sendirilah sikap dan siapa sebenarnya Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pelik kerana masih ada lagi manusia yang taksub dan percaya dengannya.

Fikir-fikirkanlah..



Antara wira-wira kebanggaan yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan