17 Mac 2013

DATUM JELATEK untuk siapa?

Kenapa pembinaannya dibantah?

Tahukah anda pembinaan kondominium mewah Datum Jelatek adalah diatas tapak empat blok rumah pangsa milik orang Melayu yang dirobohkan di Lembah Keramat.

Pembangunan Datum Jelatek memperuntukkan empat blok bangunan berketinggian sehingga 39 tingkat menempatkan 674 unit kediaman pelbagai saiz, termasuk empat tingkat podium tapak penjualan, unit pejabat kelas A, dewan, skybar, dan restoran makanan mewah.

Kondominium super mewah dengan harga yang ditawarkan dari RM956,000 hingga RM11.6 juta sebuah adalah harga yang langsung tidak munasabah untuk dibeli oleh orang Melayu.

Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum RM20,000 sebulan saja yang mampu untuk membeli kondominium itu.

Diberitakan terdapat ramai warga Singapura yang telah membelinya.

Inilah cara halus untuk menghalau orang Melayu keluar, atau merampas tanah milik Melayu, ianya sepertimana yang telah dilakukan di Singapura, Pulau Pinang dan kini di bandar-bandar besar seluruh negara. Disamping itu juga ianya akan mengenyangkkan seorang dua Melayu yang mementingkan keuntungan.

Inikah yang dikatakan Negara Berkebajikan? Kebajikan apa? Kebajikan untuk siapa?

Bangkitlah Melayu! Gunakan kuasa anda pada PRU 13 yang tinggal beberapa hari lagi!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan