6 Mac 2013

30 LAGI PENGGANAS SULU TUMPAS DI TANGAN KOMANDO

Berita yang diterima lewat malam semalam,pasukan keselamatan negara terdiri daripada komando telah menumpaskan 30 orang lagi pengganas sulu menjadikan jumlah keseluruhan 49 orang pengganas sulu tewas.

LAHAD DATU 5 Mac – Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Sehingga pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.

Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan