24 Februari 2013

Nik Aziz pertahan kenyataan


KOTA BHARU 23 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mempedulikan kritikan seluruh rakyat negara ini apabila mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan penerima bantuan daripada Kerajaan Pusat umpama 'haiwan.'


Beliau yang didesak pelbagai pihak supaya memohon maaf sebaliknya menuduh UMNO yang telah meletakkan taraf rakyat umpama haiwan melalui pemberian pelbagai jenis bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan BR1M 2.0.

Menteri Besar itu dalam nada tegas turut mempertahankan perumpamaan yang diberikannya sebelum ini iaitu sambutan orang ramai terhadap bantuan Kerajaan Pusat sama dengan haiwan yang akan menghampiri manusia sekiranya makanan haiwan itu disediakan.

Pada masa sama beliau berkata, rakyat sememangnya berhak untuk mengambil bantuan BR1M kerana ia adalah duit kerajaan dan bukan milik UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan