24 Februari 2013

Karpal tidak layak sentuh isu kalimah Allah


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faizal Affendi melalui satu kenyataannya di sini hari ini membidas sikap Karpal Singh yang masih tidak berhenti mengeluarkan kenyataan tentang isu kalimah Allah.

Katanya, selain hanya berniat untuk memecahbelahkan umat Islam, Karpal langsung tidak layak bercakap tentang isu itu kerana kedudukannya sebagai Pengerusi DAP belum tentu sah selepas berlaku kesilapan dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) bulan lalu.

Berikut adalah kenyataan Faizal:

1. Karpal perlu menutup mulut dan jangan bercakap tentang kalimah Allah lagi kerana kedudukan Karpal sebagai Pengerusi DAP pun belum tentu sah. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh perlu menasihatkan bapanya supaya membuka mata dan membaca buku tentang undang-undang dan peraturan mesyuarat sekali lagi.

2. Karpal jangan cuba memecahbelahkan umat Islam di negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan mempolitikkan kalimah Allah. Karpal jangan cuba mencabar Majlis Syura Ulama Pas dalam isu kalimah Allah. Karpal jangan memaksa orang Melayu untuk menerima kaki liwat menjadi pemimpin negara.

3. Karpal perlu menyatakan atas kapasiti apa beliau bercakap kerana kedudukan beliau sebagai Pengerusi DAP belum tentu sah. Kami meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menyiasat kesahihan jawatan Karpal sebagai Pengerusi DAP kerana beliau begitu berminat untuk memecahbelahkan umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan