5 Disember 2018

DR. MASZLEE MALIK U'TURN LAGI

Tindakan Menteri, Maszlee Malik untuk mengangkat isu 1MDB yang masih disiasat adalah satu gimik politik murahan. Ini bukan sahaja merosakkan reputasi Menteri berkenaan, malah rakyat akan rasa tertipu dengan Menteri dari Kerajaan Pakatan Harapan.

Jika nak berbuat demikian, siapkan juga Jawatankuasa Khas kaji sejarah peristiwa hitam Memali yang memakan korban. Siasat kembali dan selesaikan dengan telus. Angkat peristiwa tersebut sebagai satu bahan sejarah untuk diambil iktibar

Jawatankuasa Khas ini perlu agar suatu peristiwa dibincangkan oleh semua pihak bagi memastikan mereka lebih berlaku adil dan tidak menipu serta menyembunyikan sejarah yang betul, maka perlu dimasukkan sama semua skandal lain.

Bagi mengisi kelompangan di dalamnya, masukkan skandal-skandal selepas penubuhan Malaysia kerana buku teks Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia kini hanya terkandung fakta setakat penubuhan Malaysia.

Skandal 1MDB hanya bermula tahun 2000 ke atas. Sedangkan skandal Memali, BMF, PKFZ, Perwaja, Forex, MAS, Petronas dan lain-lain, terutama semasa tempoh lama Perdana Menteri Keempat memerintah puluhan tahun.

"Banyak peristiwa berlaku (ketika itu). Tahanan ISA, tahanan reformasi politik, skandal nepotisme, kronisme. Pengkhianatan hak royalti 5 peratus kepada Kelantan dan hak pendaratan minyak di negeri Kelantan yang dilarikan ke Songkla, Thailand.

Kenyataan selamba Maszlee itu telah diungkapkannya ketika menjawab celahan daripada Dato' Seri Ahmad Maslan (BN - Pontian) pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin.

Beliau ketika itu sedang memberikan jawapan berhubung penggubalan kurikulum dan buku teks Sejarah oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dari soalan asal oleh Ustaz Hasanuddin Yunus (PH - Hulu Langat).

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan itu menafikan laporan media yang mendakwanya menyebut kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah di sekolah, dalam satu kenyataan pada 03 Dis 2018 lalu.

NAZ..

4 Disember 2018

SAYA TAK GUNA WANG PENDEPOSIT, DEMI ALLAH!

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, hari ini menafikan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017 menyalah guna wang pendeposit.

Daripada RM22 juta digunakan bagi program YTH 2017, beliau berkata, hanya RM7 juta adalah wang TH manakala bakinya hasil sumbangan Kerajaan Persekutuan, UMNO dan bayaran zakat beberapa syarikat korporat.

“Saya ingin tegaskan program YTH 2017 terutama program Ziarah Kasih pada Ramadan untuk membantu golongan asnaf tidak menggunakan duit penyimpan atau pendeposit TH.

“Program berkenaan memberi bantuan kepada golongan memerlukan seperti warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal serta warga miskin di lebih 60 Parlimen seluruh negara.

“Demi Allah, duit yang digunakan bukan daripada duit penyimpan dan tuduhan dilemparkan dianggap berniat jahat untuk mengaibkan saya serta TH,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling, turut kesal apabila TH tidak menggunakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dalam menyiasat kes itu dan hanya mengetahuinya menerusi laporan media.

Beliau mendakwa tidak pernah dipanggil TH untuk mendapatkan kenyataan atau melakukan siasatan dalaman terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Abdul Azeez menyuarakan kehairanan mengapa TH tidak mengikut SOP biasa, termasuk membuat siasatan dalaman dengan memanggilnya untuk memberi keterangan.

“Saya boleh memberi penjelasan lanjut kerana semua wang diterima atau digunakan ada rekod butirannya.

“Soalnya mengapa sekarang baru nak membuat laporan polis? Saya minta masyarakat jangan cepat menghukum dan tunggu sehingga selesai siasatan.

“Saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan yakin mereka akan menjalankan siasatan dengan telus serta amanah,” katanya.

Jumaat lalu, TH membuat dua laporan polis terhadap Abdul Azeez, dua bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta pengurusan kanannya.

Pengurusan kanan terbabit ialah Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani; Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar; Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.

Laporan polis pertama dibuat berkaitan Program YTH 2017 apabila dana sejumlah RM22 juta dikeluarkan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik.

Laporan polis kedua dibuat terhadap Ismee, Hazlinda dan Rifina berhubung salah nyata dan didakwa menyembunyikan maklumat penting membabitkan penjualan saham TH pada 2012.
KUALA LUMPUR: Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mempunyai kepentingan sejarah sekiranya dimasukkan sebagai sukatan pelajaran.

Menurut Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata ia hanya akan mengajar pelajar sekolah untuk membenci dan tidak mengenang jasa pemimpin negara.

“Walaupun sekiranya pemimpin kita itu didapati bersalah nanti, dia akan mendapat hukuman yang lain tidak perlu menghukum beliau dengan cara sebegini.

“Jasa beliau tetap ada kepada negara ini, jika kita selitkan 1MDB dalam buku teks sejarah ia hanya akan memperlihatkan keburukan seorang pemimpin, sikap dan syarat ini tidak betul untuk kita sampaikan kepada anak bangsa kita.

“Ini bertentangan dengan hasrat Menteri Pendidikan yang menyatakan tahun depan di dalam perhimpunan sekolah nak adakan manual kesedaran sivik amalan nilai murni dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah,” jelas beliau.

Tambahnya, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk kes tersebut kini sedang dibicarakan di mahkamah.

“Pertamanya, kes itu masih dibicarakan di mahkamah, ada konsep subjudis yang mana kita tidak boleh bicarakannya apatah lagi masukkan dalam sejarah dan belum selesai serta akan mengambil masa bertahun.

“Kedua, saya kira tiada signifikasi sejarah dalam perkembangan Malaysia, jika nak bincang pasal rasuah boleh dibuat di platform lain, bukan dalam buku teks sejarah dan tidak patut masukkan 1MDB sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik di Parlimen pada Isnin yang menyebut bahawa isu 1MDB dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan mata pelajaran Sejarah.

MCA AKAN HANTAR SURAT RASMI


KUALA LUMPUR : MCA akan menghantar satu surat rasmi berhubung keputusan resolusi parti itu yang mahu membubarkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk pakatan baharu.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata surat itu yang akan dihantar Setiausaha Agung parti itu, Datin Chew Mei Fun pada masa sesuai.

"Sekiranya MCA membuat keputusan untuk melakukan reformasi atau menubuhkan perikatan baharu, keputusan akar umbi ataupun resolusi parti akan dihantar melalui surat.

“Ini bukanlah bidang kuasa saya, Setiausaha Agung akan membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun beliau berkata, MCA tidak akan membelakangkan BN berhubung keputusan tersebut. 

Justeru, Lian Ker berkata, tidak timbul isu parti itu mewujudkan pakatan baharu bersama MIC.

"Tidak juga timbul isu wujudkan pakatan bersama MIC atau belakangkan UMNO dan sebagainya. Ini semua tidak timbul dalam minda kita," katanya.

Tambah, Lian Ker terdapat ahli parti atau pihak dari luar parti yang mahu melaga-lagakan MCA dan UMNO dan menggesa semua pihak mendekati isu ini secara berhati-hati.

Terdahulu, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang keputusan untuk bubarkan gabungan parti itu perlu dicapai secara konsensus, bukannya semata-mata cadangan satu komponen sahaja.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata kesemua pihak harus menghormati prinsip asas penubuhan BN, termasuk pendapat empat lagi parti komponen termasuk UMNO dan MIC.

-NAS-

LAPORAN JABATAN AUDIT NEGARA

3 Dis. Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini membuktikan dakwaan yang mengatakan kerajaan BN sebelum ini merompak RM19.2 bilion wang tuntutan balik GST adalah tidak benar.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berterima kasih kepada Jabatan Audit Negara kerana akhirnya kebenaran terbukti jua.

“Terima kasih kepada Jabatan Audit Negara untuk mengesahkan bahawa (Menteri Kewangan) Lim Guan Eng sebenarnya seorang penipu bersiri dan cuba tai-chi kelemahan dan kedangkalan sendiri untuk menyalahkan kerajaan BN.

“Laporan Audit ini juga menunjukkan bahawa ada jumlah yang sangat besar bagi tuntutan bayaran balik yang mungkin tidak sah atau menunjukkan percubaan untuk menipu Kastam iaitu RM3.90 bilion untuk mereka yang tiada pembekalan bercukai (no output tax) dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan.

“Oleh itu, saya hairan mengapa Guan Eng tergesa-gesa untuk menjarah wang Petronas berpuluh-puluh bilion untuk tahun depan dengan alasan mahu membayar balik tuntutan-tuntutan ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2, menunjukkan jumlah wang input GST yang belum dibayar balik setakat 5 Jun 2018 sebenarnya ialah RM19.47 bilion manakala jumlah yang telah diluluskan tetapi belum dibayar hanya RM1.45 bilion dan ini kerana pelbagai masalah seperti akaun penerima ditutup, dibeku ataupun kurang dari 30 hari.

Tunggakan yang terbesar pula ialah jumlah RM9.65 bilion yang dikategorikan sebagai wang dalam siasatan bagaimanapun laporan tersebut juga mengesahkan bahagian terbesar tunggakan ini ialah dari 90 hari ke bawah.

“Tuntutan untuk bulan April dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk bulan Mei dibayar pada bulan Jun.

“Ini bermaksud bahawa jikalau wang input GST lambat dibayar balik, ianya ialah kesalahan kerajaan PH sendiri. Yang tidak semak dan tidak bayar ialah PH sendiri,” katanya lagi.

Kata Najib lagi, laporan tersebut juga mengesahkan Kastam di bawah pentadbiran kerajaan BN cekap di dalam urusan pembayaran balik tuntutan GST.