6 April 2013

MUHAJADAH DIRI, IMARAH MASJID KUNCI PERANGI NAFSU


Allah SWT berfirman: “Orang yang berjuang di jalan Kami, sesungguhnya Kami akan memberi petunjuk mereka itu pada jalan Kami, dan sesungguhnya Allah berserta orang yang membuat kebaikan.” (Surah al-Ankabut, ayat 69) 

Berjuang yang dimaksudkan adalah memerangi hawa nafsu mengatasi segala kelemahan diri untuk mencapai keredaan Allah SWT. Tegasnya, orang yang mengerjakan sesuatu yang tidak baik bererti ia mendatangkan kekurangan pada peribadinya sendiri. 

RASUAH : TIMBALAN PENGARAH SKMM, ISTERI DIPENJARA

NOOR Mohamed Khan diiringi anggota polis keluar dari 
Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

Shah Alam: Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan isterinya masing-masing dihukum penjara lima dan empat tahun serta didenda RM2.5 juta oleh Mahkamah Seksyen semalam, selepas didapati bersalah atas kesalahan rasuah, Mac tahun lalu.

Hakim M Bakri Abd Majid turut mengarahkan pasangan itu, Noor Mohamed Khan Mohamad Maslan, 40 dan Suraya Hani Ahmad Zaki, 32, menjalani hukuman setahun penjara lagi jika gagal membayar denda. 

Beliau bagaimanapun membenarkan hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan. 

31 PENGIKUT "TUHAN HARUN" DITAHAN!!!

Lelaki dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis 
Kuantan untuk disoal siasat.Pengasas ajaran sesat rekrut lebih 100 ahli

Kuantan: Seramai 31 individu, termasuk enam wanita dipercayai pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam serbuan di sebuah premis, Lorong Pandan Damai, di sini, petang kelmarin.

4 April 2013

SPR PRU 13 BOLEH DIADAKAN SEBELUM 28 MEI

Tarikh penting PRU 2004 hingga 2013

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan selewat-lewatnya 28 Mei berikutan pembubaran Dewan Rakyat semalam, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata tarikh itu juga mengambil kira pembubaran automatik Dun Negeri Sembilan pada 28 Mac lepas.

"Kalau kira mulai 3 April hari ini, (tempoh 60 hari) akan habis 3 Jun, jadi ia sudah terlepas (tarikh pembubaran Dun) Negeri Sembilan. Maka perlu adakan (PRU-13) selewat-lewatnya 28 Mei," katanya.

MESYUARAT KHAS SPR TENTU TARIKH PRU13 AWAL MINGGU DEPAN

Wan Ahmad Wan Omar

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) awal minggu depan.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih menunggu surat makluman pembubaran daripada Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (Dun) seluruh negara.

MENGUNDI PR / PAS ADALAH HARAM - 1

Setakat ini BELUM pernah ada pihak yang berani mengeluarkan pengisytiharan bahawa mengundi Pas pada pilihan raya adalah haram. Selama ini, kita hanya mendengar fatwa-fatwa `SONGSANG' Pas yang mendakwa mengundi parti itu yang memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud, mendapat syurga.

Kita sebagai umat Islam di negara harus sedar bahawa agama kita hari ini dalam keadaan bahaya diperkotak-katikkan oleh orang bukan Islam. Hari ini kita berpecah belah bukan kerana unsur yang dimainkan oleh puak-puak kita orang Islam, tetapi dimainkan oleh orang bukan Islam.

2 April 2013

MAT SABU TAMAK KERUSI! !!!!!


Pilihan Raya tahun ini di jangka sengit dan pembahagian kerusi belum selesai oleh pembangkang. Mereka seolah - olah seperti api dam serkam yang akan meletus pada bila-bila masa lagi. 

IMBAS : ISU GEREJA TERBESAR DI ASIA TENGGARA

Dengan terbinanya gereja terbesar di asia tenggara dan terletak di tapak zon antarabangsa ini ramai cai-cai PR bersorak sakan !!!! mengikut fakta kerajaan BN telah meluluskan pembinaan gereja tersebut pada Julai 2005.. projek tersebut dimulakan pada 15 feb 2008... APA ALASANNYA? Ini dia...

Minggu lalu, saya bertemu dengan seorang Menteri bertanyakan “kenapa benarkan orang Kristian membina begitu banyak gereja dan dibina berskala besar, di tempat strategik, sedangkan penganutnya tidak ramai. Lagi pula gereja yang ada pada hari ini sudah lebih daripada mencukupi”. 

1 April 2013

MAT SABU SONGLAP DUIT TABUNG MEMALI?


Menurut orang kuat PAS, SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Bukit Aman khususnya disyaki Menyembunyikan fakta dan Menutup Fail Korupsi Tabung Memali (TMM) dan pelbagai Penyelewengan Wang seperti di Madrasah MID Memali, BJM dan pelbagai perkara lagi.

Penulis buku berkaitan Memali C.N. Al-Afghani mendedahkan Senator PAS Y.B. Mohd. Yusuf Husin telah menyeleweng beratus-ratus ribu wang sumbangan untuk balu-balu Memali, termasuk menyeleweng wang Madrasah. Menurut beliau, Mat Sabu Timbalan Presiden PAS walaupun mengetahui Penyelewengan dan Rasuah yang Maha Besar di Memali itu, telah mengarahkan supaya kes tersebut disembunyikan daripada diketahui oleh khalayak ramai, kerana bimbang akan memalukan PAS yang dikatakan Islamik itu.

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM!!

BERPEGANG pada dasar kepartian jumud, ada kalangan orang Melayu tidak bersetuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri yang mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam.

Di atas kenyataan tersebut maka ada kelompok Melayu yang mewakili sebuah parti menafikan hakikat ini. Mereka mengatakan sebaliknya yakni Malaysia bukan negara Islam. Pertembungan dua kefahaman ini mengakibatkan timbul kesan negatif terhadap Melayu dan Islam dalam negara ini.

BUKAN STANDARA DR WAN AZIZAH - JAYUM


Prof Dr Jayum Jawan

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapatan bukan standard bagi Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk bertanding di peringkat Dun di Selangor.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, Dr Wan Azizah tidak sesuai bertanding di peringkat Dun kerana beliau memiliki kedudukan tinggi dalam parti.

“Sebagai pemimpin nasional, beliau lebih layak bertanding di Parlimen. Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang, paling tidak pun beliau hanya boleh memegang jawatan Exco.


KHALID IBRAHIM : "WAN AZIZAH BOLEH JADI MB"

Abdul Khalid (tengah) bersama Lajim (tiga, kanan) dan 
Pengerusi Sabah Lembah Klang, Datuk Salam Harun (dua, kanan) 
di Majlis Rapat Mesra Kinabalu Warga Sabah Lembah Klang.

SHAH ALAM – "Dia (Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) layak jadi Menteri Besar Selangor. Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab spekulasi bahawa Wan Azizah mungkin bertanding di kerusi Dun dan disebut-sebut bakal dicalonkan di sebuah kerusi di Selangor.

Malah, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga dijangka dilantik sebagai menteri besar jika pakatan pembangkang berjaya mengekalkan kuasa mereka di negeri ini.