2 Mac 2013

Empat Bekas Pegawai Tentera Belot Menyertai Pakatan Rakyat

  1. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid
  2. Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab
  3. Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut)
  4. Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat)

24 Februari 2013

Karpal tidak layak sentuh isu kalimah Allah


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faizal Affendi melalui satu kenyataannya di sini hari ini membidas sikap Karpal Singh yang masih tidak berhenti mengeluarkan kenyataan tentang isu kalimah Allah.

PR jatuh hukuman guna mahkamah sendiri

Pelik jugak bila terdapat sesuatu tidak kena, dengan penuh yakin cai-cai PR meletakkan semua kesalahan keatas UMNO.. Akai ada ka...?
Bila penyokong UMNO dah ketandusan isu.. inilah hasilnya..

LITRAK nafi longkang selenggaranya punca banjir kilat di Puchong


KUALA LUMPUR: Lingkaran Trans Kota Holding Bhd (LITRAK) hari ini menjelaskan punca banjir kilat teruk di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Isnin lepas bukan disebabkan saluran longkang bawah tanah selenggaraan mereka. 

Ketua Pegawai Operasinya, Richard Lim Kim Ong berkata, daripada saluran sepanjang dua kilometer itu, hanya 45 meter daripadanya diselenggara Litrak dan mereka sentiasa memastikan ia diselenggara dengan efisien. 

"Hampir 14 tahun kami menyediakan kemudahan lebuh raya yang baik kepada pengguna dan ini merupakan kejadian pertama yang terburuk dalam sejarah kami sebagai pengendali.

Satim terpedaya gimik politik

PUCHONG – Tindakan segelintir ahli Pas yang mengumumkan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang didakwa tidak memberi sebarang kesan kepada pimpinan itu di peringkat kawasan.

DAP mahu tanding 75 kerusi


KUALA LUMPUR - Setelah pergolakan yang berlaku di beberapa negeri, pakatan pembangkang terus berantakan apabila Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan membuat kritikan terbuka terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Betulkan DAP sebelum komen parti lain


KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh digesa mengatasi masalah dan kelemahan parti yang diwakilinya itu sebelum bertindak sesuka hati mencampuri urusan parti komponen lain dalam pakatan pembangkang.

Naib Ketua 1 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jerai, M. Palaniappan berkata, Karpal perlu fokus untuk mencari jalan menyelesaikan pelbagai masalah dalaman DAP berbanding sibuk mencari kesalahan

KOTA BHARU 23 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mempedulikan kritikan seluruh rakyat negara ini apabila mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan penerima bantuan daripada Kerajaan Pusat umpama 'haiwan.'

Beliau yang didesak pelbagai pihak supaya memohon maaf sebaliknya menuduh UMNO yang telah meletakkan taraf rakyat umpama haiwan melalui pemberian pelbagai jenis bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan BR1M 2.0.

Menteri Besar itu dalam nada tegas turut mempertahankan perumpamaan yang diberikannya sebelum ini iaitu sambutan orang ramai terhadap bantuan Kerajaan Pusat sama dengan haiwan yang akan menghampiri manusia sekiranya makanan haiwan itu disediakan.

Pada masa sama beliau berkata, rakyat sememangnya berhak untuk mengambil bantuan BR1M kerana ia adalah duit kerajaan dan bukan milik UMNO.

Nik Aziz pertahan kenyataan


KOTA BHARU 23 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mempedulikan kritikan seluruh rakyat negara ini apabila mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan penerima bantuan daripada Kerajaan Pusat umpama 'haiwan.'