23 Februari 2013


KOTA BARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.

“Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dek kerana kebencian melampau terhadap BANGSA UMNO, TGNA sanggup meluputkan bangsa Melayu, bangsanya sendiri yang tidak pernah terhukum haram didalam Al-Quran dan Hadis.

Fadzilah Kamsah minta Norsammudin delete videonya!


KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Empat pegawai Imigresen dipenjara enam tahun

EMPAT pegawai Imigresen masing-masing dipenjara enam tahun oleh
Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam atas kesalahan rasuah.
SHAH ALAM 22 Feb. - Empat pegawai Jabatan Imigresen masing-masing dihukum penjara enam tahun dan denda berjumlah RM239,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah memperoleh rasuah berhubung kemasukan warga Indonesia ke negara ini, tiga tahun lalu.

Nik Aziz perlu minta maaf - Pimpinan Pas akar Umbi

ZAIDI ABU BAKAR.... Pengerusi Tetap Pas Bahagian Tanjung, Pulau Pinang.

PULAU PINANG 22 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa memohon maaf kepada kira-kira empat juta rakyat negara ini yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atas keceluparannya menyamakan penerima bantuan berkenaan dengan haiwan.

22 Februari 2013

Meluputkan Bangsa Melayu


Dek kerana kebencian melampau terhadap BANGSA UMNO, TGNA sanggup meluputkan bangsa Melayu, bangsanya sendiri yang tidak pernah terhukum haram didalam Al-Quran dan Hadis.

Geng Samun Tewas..


PETALING JAYA - Walaupun tiada kerja tetap, sekumpulan remaja dikatakan mampu hidup mewah dengan pendapatan yang diperoleh melalui hasil kegiatan samun di restoran-restoran di sekitar Lembah Klang sejak tahun lalu.

21 Februari 2013

Tidak Mustahil DAP Peneraju Pemeritahan Pakatan



Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan apabila membaca media perdana hari ini mengenai kenyataan Presiden PAS Ust Hadi Awang yang mengatakan bahawa adalah mustahil bagi DAP untuk memerintah atau menerajui pemerintahan negara ini.

Karpal Singh Sangat Biadap!



Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr. Hasan Ali menyifatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai biadap apabila mendesak PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

Ikrar Integriti Pilihan Raya


PUTRAJAYA 20 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

'Si Tanggang' sepak ibu dijel 24 bulan

MUHAMAD HAFIZ dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Perbuatan biadab dan kurang ajar seorang penganggur yang tergamak menyepak, menumbuk kepala serta mengugut hendak menikam ibu kandungnya berbalas apabila dia dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Peniaga di Puchong mengeluh rugi akibat banjir

20/02/2013

PUCHONG - Para peniaga di sebuah pusat membeli-belah di Puchong mengeluh kerana terpaksa menanggung kerugian besar ekoran banjir yang melanda premis perniagaan mereka semalam.


MTES Bincang Cara Atasi Banjir Di Puchong



SHAH ALAM 20 FEB : Kerajaan Negeri akan membuat keputusan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di Puchong semalam selepas berakhir mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) petang ini.

Banjir Kilat Di Puchong

Beberapa buah kenderaan terperangkap selepas ditenggelami banjir kilat sedalam 1.5 meter berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di Bandar Puchong Jaya beberapa hari lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang menyebabkan kawasan itu ditenggelami air. Bagaimanapun, menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.



"Bomba menerima panggilan pada pukul 5.30 petang dan setibanya anggota ke lokasi mendapati beberapa buah kenderaan telah ditenggelami air. "Punca air naik begitu cepat adalah disebabkan banjir kilat dan hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi semalam.


Menurut beliau, banjir di kawasan itu surut kira-kira pukul 6 petang. "Banjir kilat sedalam 1.5 meter itu merupakan pertama kali melanda kawasan Bandar Puchong Jaya sejak beberapa tahun lalu dan ia boleh dikatakan agak teruk kerana melibatkan kerosakan beberapa buah kenderaan," katanya lagi.