25 Mei 2013

SUARAM SEDIAKAN KHIDMAT GUAMAN JIKA PESERTA 'BLACK 505' AMCORP MALL

Khidmat guaman disediakan oleh SUARAM – Perhimpunan Amcorp Mall. siapa perlu anda hubungi jika ditangkap kerana tidak buat salah sahaja. Simpan maklumat di Handphone anda awal awal pesanan ini dari MRM. Selamat berdemo.

Kat tv3 sebentar tadi Zahid Hamidi warning kepada semua peserta2 perhimpunan yang bakal berhimpun pada 25/5 bermula jam 2 petang di padang Amcorp Mall.

Menurut Zahid Hamidi tindakan itu selaras dengan undang2 negara kerana perhimpunan tersebut tidak memenuhi syarat yang terkandung akta perhimpunan aman 2011.

Jikalau mereka berdegil bersedialah menanggung akibat dari tindakan tersebut. Itulah yang digambarkan oleh Zahid Hamidi menerusi berita di tv3 tadi. Menurut Zahid Hamidi lagi majoriti tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut.

Dalam pada itu KDN juga menjelaskan kenapa rampasan terbitan terkini Harakah dan Suara Keadilan di buat siang tadi.

Menurut KDN rampasan itu dibuat kerana pengedar Harakah tidak mematuhi undang2 bahawa akhbar tersebut hanya boleh di edarkan untuk ahli2 PAS yang berdaftar jek.

Manakala Suara Keadilan pula berkaitan dengan masalah permit. Rampasan akan dibuat dari semasa ke semasa setelah mengambilkira amaran2 yang pernah dikeluarkan sebelum2 ini kepada pihak yang terbabit.
***Adakah peserta 'Black 505' akan merasa takut dengan amaran dari DS Zahid? LB rasa mereka langsung tidak akan memperdulikan amaran tersebut... 
Cuma LB berharap tiada perkara buruk yang berlaku dan diharap pihak polis berhati-hati menjalankan tugas mengawal para peserta yang mungkin akan melakukan sesuatu diluar dugaan... 
LB yakin terdapat beberapa kumpulan yang telah ditugaskan untuk menimbulkan tindakkan-tindakkan yang boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal. Pihak polis diingatkan jangan bertindak melulu.. Ambil pengalaman dari kejadian lampau dalam perhimpunan bersih. 
Kepada peserta yang bersemangat untuk menyertai perhimpunan di Amcorp Mall petang ini, LB berharap janganlah lakukan sesuatu yang boleh mengakibatkan keadaan menjadi tegang.. bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan serius, tidak usahlah libatkan diri anda.. Ada baiknya anda duduk sahaja dirumah dari membahayakan diri anda..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan