22 Mei 2013

PERKAHWINAN GADIS 13 TAHUN DENGAN LELAKIA 40 TAHUN JADI KES ROGOL - MENTERI

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah mengambil langkah bagi memastikan kanak-kanak 13 tahun yang dikatakan menjadi mangsa rogol diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan mereka dan dalam masa yang sama cuba membatalkan perkahwinannya dengan seorang lelaki yang dituduh mempunyai hubungan seks dengannya.

Mengumumkan perkara ini, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad yang merayu kepada pihak pendakwaan untuk meneruskan pertuduhan rogol terhadap pengurus restoran, Riduan Masmud, 40.

Jainab berkata beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk mengambil tindakan segera bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya kanak-kanak perempuan itu diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan jabatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Gadis itu masih muda dan tidak boleh membuat keputusan untuk dirinya. Dia memerlukan kaunseling dan kita perlu untuk mendengar bagi pihaknya. Dia berusia 12 tahun, enam bulan ketika itu,” katanya.

Jainab juga menyatakan keraguan mengenai kesahihan perkahwinan antara Riduan dan gadis itu selepas memeriksa dengan pegawai-pegawai di mahkamah Syariah.

“Pendaftar memberitahu saya terdapat dua permohonan iaitu satu daripada orang yang mendapatkan kebenaran untuk berkhwin dua, dan satu lagi daripada bapa gadis itu yang meminta izin untuk anak perempuannya berkahwin.

“Mereka memberitahu saya permohonan bapa dibenarkan tetapi tidak ada kebenaran diberikan bagi lelaki itu untuk mengahwini isteri kedua,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Pada pandangan peribadi, beliau menyatakan kesedihan apabila bapa gadis membenarkan anak perempuannya berkahwin dengan Riduan, yang mempunyai empat orang anak berusia dua hingga 17 tahun.

“Adakah ia untuk menyembunyikan rasa malu? Adakah ia (perkahwinan) akan menyelesaikan perkara itu? Ini amat membimbangkan,” katanya.

Mahkamah Sesyen pada Isnin diberi sehingga 6 Jun untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan tuduhan rogol terhadap Riduan selepas gadis itu menarik balik laporan rogol terhadapnya pada 18 April.

Attorney-General Abdul Gani Patail said they were
collecting more evidence including the DNA report.
PUTRAJAYA: The Attorney-General’s Chambers will proceed with the case against restaurant manager Riduan Masmud, whose rape charge was dropped after the 13-year-old victim withdrew the report in Sabah. 
Tan Sri Abdul Gani Patail said they were collecting more evidence, including the DNA report.
“We have never dropped the charge against him.
“I have directed my officers to gather more evidence and we will proceed with the case,” he told reporters here on Wednesday. 
Gani said he had also asked the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate the claim by the 13-year-old victim’s father that the accused had paid him RM5,000 as compensation, which was handed down by the state’s “Mahkamah Adat”. 
Riduan shocked the nation after being charged with raping a minor and later declared that he had married her.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan