25 Mei 2013

PAS BAGI AMARAN KEPADA PDRM SUPAYA TIDAK GUNA KEKERASAN KAWAL 'BLACK 505'

KUALA LUMPUR: PAS semalam telah mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily semalam.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Pada 23/5/2013 penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.

Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu.

“Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh mengeruhkan suasana,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan