27 Mei 2013

MALAPETAKA AKAN TERUS BERLAKU KERANA ANWAR TIDAK AKAN BERSARA

Nampaknya Ketua Umum PKR akan terus memimpin Pakatan Rakyat walaupun sebelum ini Anwar Ibrahim berjanji untuk bersara terus dari politik. 

Kekalahan Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang lalu dakwanya adalah dengan cara penipuan dan beliau menegaskan untuk terus menerajui PKR.

Anwar berkata bahawa beliau tidak dapat menerima keputusan PRU-13, kerana dakwanya berlaku unsur penipuan dan bukannya tidak dapat menerima kekalahan.
"Jika tanpa ada penipuan, kita akan berada di Putrajaya hari ini, saya bukan tidak boleh terima kekalahan, tapi jika pilihan raya kalah dengan proses yang dijalankan secara telus saya akan bersara."

"Tapi dalam kes ini, kita menang, apa sebab saya nak undur, dia (Barisan Nasional) dapat undi 47 peratus dengan tipu takkan hendak minta orang (PR) dapat undi 51 peratus undur, kamu tidak malu ke?. Saya putuskan kita tidak akan undur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pengggulungan pada Kongres PKR ke-9 di sini, hari ini.

Anwar yang memperhebatkan kecaman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum PRU13 dan semakin lantang selepas pilihanraya diadakan berulang kali mendakwa penipuan besar-besaran berlaku.

PKR mengugut untuk menfailkan 27 petisyen pilihanraya untuk keputusan pemilihan disemak semula.

Bagaimanapun tuduhan-tuduhan kononnya berpuluh ribu rakyat Sabah dan warga asing di bawa masuk ke Semenanjung setakat ini untuk mengundi secara haram, tidak disokong dengan bukti nyata.

Begitu juga dengan tuduhan bekalan letrik di beberapa kawasan di potong bagi membolehkan kotak undi tambahan di bawa masuk untuk memenangkan calon BN.

Sebelum ini, Anwar pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya.

Kelmarin Anwar dibidas oleh bekas Naib Presiden Indonesia Yusuf Kalla kerana memungkiri janji untuk menerima keputusan PRU13.

Arah buat laporan polis

Dalam pada itu Anwar mengarahkan penyokong pembangkang supaya membuat laporan polis mulai Isnin berhubung dakwaan 'penipuan' dakwat kekal pada pilihan raya umum, 5 Mei lepas.

Beliau berkata PKR akan menggerakkan ahli-ahlinya termasuk aktivis untuk mengemukakan seberapa banyak laporan polis sebelum pembangkang mengemukakan petisyen kepada mahkamah bagi mencabar keputusan pilihan raya umum lalu.

Malah Anwar berkata mana-mana ADUN PKR yang tidak menuruti arahannya akan dipanggil menghadap ke lembaga disiplin parti.

"Saya sendiri pada Isnin akan membuat laporan polis kerana saya mengundi di permatang pauh kerana dakwat kekal hilang pada malamnya. Kalau ada mana-mana ADUN yang tak buat laporan, saya akan panggil ke jawatankuasa disiplin. Tapi mesti ada asas."

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, pembangkang mencetuskan kekecohan di sebahagian besar kawasan mengundi apabila mendakwa dakwat kekal yang digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mudah ditanggalkan menggunakan air.

SPR sebelum itu memberi jaminan dakwat berkenaan yang dicalit pada jari pemilih akan bertahan sekurang-kurangnya lima hari.

Anwar kemudian menyifatkan pakatan pembangkang sebagai bersedia untuk bertanding semula sekiranya pilihan raya umum dipanggil semula.

Nampak sangat Anwar sedang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan karier politiknya daripada terus di lupakan.Cukupkah sekadar menyatakan terdapat penipuan di sana sini sedangkan buktinya langsung tidak di kemukakan ?

Laporan polis yang akan di buat hanyalah satu lagi helah Anwar untuk mengaitkan institusi polis dengan UMNO seterusnya cubaan membangkitkan rasa marah rakyat akan terus di lakukan selewat-lewatnya besok.

Aku yakin inilah sebahagian daripada perancangan Anwar dan juak-juak pembangkang untuk memusnahkan apa telah kita bina selama ini.Rampasan kuasa masih dan sedang diusahakan oleh mereka yang pastinya sejauh mana rakyat Malaysia mampu bertahan dengan politik kotor lagi jijik ini ?

Kepada pihak berkuasa tolong lakukan sesuatu kerana rakyat yang menyokong kerajaan sudah lama menanti jangan sampai apa yang pembangkang mahukan benar-benar terjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan