16 Mei 2013

GUAN ENG DAP KURANG AJAR !!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu berhenti bersikap biadab dengan terus berlakon menjadi mangsa Pendaftar Pertubuhan (ROS) demi kepentingan peribadi. 

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata,tindakan menggelar ROS sebagai ‘gila talak’ adalahkurang ajar dan dilakukan semata-mata untuk menutupdakwaan manipulasi undi dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) parti Disember lalu.

"Saban hari ahli parti dan akar umbi ‘merayu’ padanya supaya pemilihan diadakan semula, apa yang beliau lakukan?" 

Tiba-tiba kata ROS gila talak dan tubuhkan pula panel khas menyiasat ‘kekotoran’ yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kenapa tidak tubuhkan panel siasat parti sendiri? Semua orang tahu kebersihan perlu bermula dari rumah sendiri tetapi beliau seperti terlupa,beliau cuba gambarkan diri sebagai mangsa di luar tetapi di dalam parti, ahli-ahli melihat Guan Eng sebagai diktator dan bongkak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap Guan Eng yang bertindak menuduh ROS sebagai ‘gila talak’ kerana mendakwa pertubuhan itu sering membuat kenyataan yang mengelirukan berhubung status pemegang jawatan CEC parti berkenaan.

Sebelum ini, pelbagai persoalan ditimbulkan termasuk oleh ahli DAP sendiri yang mendakwa CEC parti berkenaan tidak sah dan meragukan sehingga mendesak ROS menjalankan siasatan.

Tunku Aziz berkata, ROS tidak harus berlembut dan ‘memberi muka’ kepada Guan Eng sebaliknya perlu membuat keputusan tegas agar Ketua Menteri Pulau itu berhenti merasakan dirinya kebal daripada tindakan undang-undang.

“Jika beliau benar-benar telus dan berjiwa rakyat, andai beliau bersungguh-sungguh mengakui kesilapan kiraan undi pada pemilihan lepas, mengapa sehingga kini gagal menurut arahan ROS dan permintaan akar umbi agar mengadakan pemilihan semula?".

“Beliau benar-benar ‘besar kepala’ dan fikir dirinya kebal undang-undang. Saya juga yakin selepas ROS membuat keputusan muktamad sekalipun, Guan Eng akan tetap tidak bekerjasama dengan memberikan pelbagai alasan, sifat ini sungguh menjengkelkan," ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Ketua Cawangan DAP Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat menasihatkan Guan Eng supaya tidak berterusan mencari publisiti murahan selain menyalahkan semua pihak berhubung pemilihan CEC tersebut.

Untuk mengetahui perincian surat ROS di bawah : KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan