14 Mei 2013

Aku nak mengajak orang-orang muda hari ini agar tau apa yang telah berlaku sebelum 13 Mei. Selepas 13 Mei kita dah tau apa kesannya, tapi ramai orang tak tau apa yang berlaku sebelum 13Mei 1969.

DAP memang takut kalau kita buka cerita mengenai 13 Mei. Mereka buat video, mereka buat cerita, pusing fakta mengatakan yang tragedi 13 Mei terjadi adalah kerana Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO yang berniat untuk menggulingkan Tunku Abdul Rahman, lalu untuk "memaksa" Tunku Abdul Rahman berundur, orang-orang Umno membuat rusuhan 13 Mei.

Salah.... salah... dan amatlah salah sama sekali. Biasalah DAP, mereka yang cipta sejarah buruk, lepas itu takut jika anak muda kita tau apa yang mereka buat kepada kita orang-orang melayu dan pada negara. Biar aku cerita apa yang terjadi sebelum 13 Mei 1969. Mana-mana buku keluaran SUARAM (Suara Anak Haram), Kua Kia Soong (Ahli PAP Singapura) langsung tidak menceritakan keadaan sebenar..

Cuba tengok gambar di atas, Siapakah beliau?? Beliau ialah Encik Kassim bin Omar, seorang pekerja pilihanraya Umno. Dalam bab 7 bertajuk "Upacara Pengkebumian Pahlawan Merah", Tunku Abdul Rahman dalam bukunya bertajuk "13 Mei, "sebelum dan selepas", menceritakan, pada 24 April 1969, 2 minggu sebelum hari membuang undi, telah diserang di Jelutong, Pulau Pinang dan beliau dibunuh dengan kejam oleh ahli-ahli Parti Buruh. Badan beliau diconteng dengan cat merah.

Bagi mengelakkan timbulnya rusuhan kaum, kerajaan telah meminta keluarga si mati dan pemimpin Melayu di Pulau Pinang supaya BERSABAR dan tidak akan menyebarkan berita tersebut supaya komunis tidak dapat menghalang pilihanraya daripada berlangsung.

Aku menceritakan perkara yang benar. Memang sejak peristiwa itu, orang Melayu jadi geram dengan kerajaan sebab terlalu berlembut dengan Cina komunis, dan di sini jugak parti DAP mengambil kesempatan, pukul canang, memainakan sentimen perkauman tanpa rasa bersalah.

Kemuncak daripada peristiwa ini ialah peristiwa hitam 13 Mei, dan surat terbuka Tun Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman.

Sekarang bukan masa menyalahkan sesiapa. Dan aku percaya, orang-orang Cina DAP juga tidak berani nak mainkan sentimen perkauman macam ni lagi kerana mereka juga dapat impak daripada peristiwa 13 Mei 1969, iaitu perniagaan kaum mereka jadi hancur, kedai hangus dan ranap. Mereka merasai kerugian kerana peristiwa 13 Mei ini. Tapi ini tidak bermakna kita orang Melayu leka dengan mereka, sebab SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU, SEJARAH MENGAJAR KITA SUPAYA BERHATI2.

Ironinya, gambar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib yang aku jumpa disimbah cat merah di Kepong semalam, ialah tempat di mana bermulanya tragedi hitam 13 Mei 1969, apabila 3 orang pemuda Kepong telah menyerang mata-mata, berlaku tembak menembak dan salah seorang pemuda Kepong mati terkena tembakan. Pemuda yang mati inilah diarak dari Kepong ke Kuala Lumpur oleh cina-cina Komunis, dijulang sebagai "HERO" dan DAP mengambil peluang menghidupkan api perkauman, seterusnya kemuncak kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Yang paling bodoh ialah DAP mempertahankan bahawa komunis adalah hero kerana berjuang untuk membebaskan negara, tapi aku nak tanya satu soalan, "Kalau betul komunis itu hero, kenapa mereka bunuh rakyat sendiri, bunuh rakyat Tanah Melayu sendiri???

Melayu mudah lupa, Cina mudah lupa, TAPI TIDAK AKU!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan