7 April 2013

HUDUD DI KELANTAN


Sebenarnya PAS cuba menunjukkan yang mereka terlebih Islam dan terlebih pakar dalam segala Apabila PAS mencanangkan cerita tentang Hudud dan Enakmen Syariah ‘ciptaan’ mereka, hal terutama sekali perundangan Islam. Itulah sebabnya, bila hukum hudud yang dideraf oleh Kelantan dan Terengganu ketika di bawah PAS pada tahun 1993 dikatakan tidak mengikut lunas-lunas Islam, melompatlah sekalian penyanjung PAS sambil melabelkan sesiapa sahaja yang mengeluarkan kata-kata seperti itu adalah KAFIR, MURTAD dan menentang Islam.

Seperti biasa, PAS akan sentiasa cuba meletakkan parti itu sebaris dan semulia Islam. Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh oleh PAS adalah Islam. Undang-undang yang diterbitkan daripada PAS adalah undang-undang Islam yang katanya mengikut al Quran, al-Hadis, Ijma’ dan Qiyas.

Namun beberapa persoalan tentang undang-undang tersebut sehingga sekarang masih tidak dapat diselesaikan. Pun begitu, PAS menutup mata terhadap kelemahan yang telah berjaya dikesan menerusi deraf berkenaan. Permintaan agar PAS membetulkan semula deraf berkenaan, tidak dihiraukan.

PAS terlalu ego untuk mengakui yang mereka sebenarnya tidaklah bijak dalam perundangan Islam, sebaliknya mereka sekadar menjadikan Hudud dan Perundangan Islam sebagai alat atau umpan untuk terus mendapat sokongan daripada rakyat Kelantan dan Malaysia amnya.

PAS sehingga kini tidak dapat membezakan dan membuat klasifikasi serta terperinci antara rogol dan zina. Pembuktian zina sekadar ditekankan kepada pembuktian mata empat orang saksi. Dan terlebih malang, tuduhan zina akan dikenakan terhadap perempuan yang belum bernikah tetapi sudah mengandung dengan kandungan itu sebagai ‘saksi’ serta bukti penzinaan yang dilakukan.

Persoalan dan kemungkinan perempuan tersebut menjadi mangsa keganasan seksual atau perogolan, tidak dibincangkan. Sebaliknya yang ditekankan, hanyalah zina. Tidak ada rogol dalam deraf undang-undang hudud yang dicipta oleh PAS.

Atau dalam bahasa yang lebih baik, PAS tidak percaya tentang jenayah rogol atau jenayah seksual!

Bagaimana PAS begitu yakin yang undang-undang hudud mereka adalah undang-undang al Quran, al hadis, ijma’ dan qiyas kalau bab rogol dengan zina itu sahaja masih tidak dapat diselesaikan? Bukankah hukuman hudud yang digariskan oleh al Quran merupakan undang-undang yang paling adil dan tidak menganiayai sesiapa pun.

Dalam hal zina dan rogol sahaja pun, undang-undang hudud PAS sudah tidak dapat memberikan keadilan, bagaimana pula dengan hukuman hudud yang lain? Apa jaminan yang boleh diberikan oleh PAS Kelantan untuk menjalankan hukuman hudud yang dikatakan bersabit pada al Quran, Al hadis, ijma’ dan qiyas itu dengan seadil-adilnya sebagaimana yang dituntut tanpa sedikit pun mempunyai unsur-unsur penganiayaan sepertimana contoh-contoh yang dapat dilihat berlaku di beberapa negara Islam yang kononnya menjalankan undang-undang berkenaan?

Dan bagaimana pula dengan persediaan rakyat Kelantan untuk menerima hudud sebagai sebahagian daripada perundangan mereka?

Persediaan utama sebelum turunnya perintah wajib hudud Allah Taala ialah kemantapan akidah serta pengukuhan ekonomi di kalangan umat Islam. Nabi s.a.w dalam salah satu hadisnya pernah bersabda agar meninggalkan hudud ketika berlaku syubhah. Sedangkan Nik Aziz dan pentadbiran PAS pula MENENTANG KERAS perintah Nabi s.a.w itu walaupun syubhat merupakan sebahagian daripada kehidupan masa kini.

Hudud bukannya setakat menghukum tetapi mendidik. Kalau Nik Aziz sendiri masih gagal mendidik dirinya untuk bertanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan terjamin kepada rakyat negeri Kelantan sendiri, bagaimana dia begitu berani hendak menghukum hududkan rakyat Kelantan? Kalau Nik Aziz dan barisan pemimpin PAS Kelantan sendiri gagal menunjukkan perangai yang baik, seperti kes-kes memalukan melibatkan Mat Sabu dan tangkapan khalwat di bilik hotel, bekas Ketua Pemuda melarikan anak dara orang, Speaker DUN Kelantan yang bernikah muda tetapi gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami, Nik Aziz yang melebihkan menantu berbanding orang lain yang tidak ada kena-mengena dengan keluarga atau kaum kerabat ahli pentadbiran, bagaimana hudud boleh dilaksanakan di Kelantan dalam keadaan adil dan saksama sepertimana yang digariskan oleh al Quran dan al Hadis?

Semua itu memerlukan Nik Aziz menghukum dirinya terlebih dahulu, bukannya sibuk-sibuk nak menghukum orang lain.

Beranikah Nik Aziz meminta agar hukuman dijatuhkan kepadanya walaupun semua itu tidak tergolong dalam hukuman yang memerlukan hudud?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan