28 Mac 2013

KETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PEMILIK KERETA

JANGAN JADI MANGSA PENINDASAN PENARIK KERETA

Kadang-kadang kita sebagai pemilik kenderaan samada besar atau kecil, mahal atau pun yang murah sesetengahnya akan menghadapi masalah pembayaran bulanan. Dalam hal ini masalah pertama yang perlu kita hadapi biasanya ialah Si Penarik Kereta

Biasanya kita akan mati kutu bila berhadapan dengan mereka kerana ada kalangan mereka yang berlagak ala semseng dan enggan berkompromi. Pada mereka kereta kita adalah keutamaan dan seboleh-bolehnya mereka mahu mengambilnya tanpa mengira tempat dan waktu.

Selepas 2 bulan 21 hari biasanya surat tarik akan dikeluarkan oleh pihak bank kepada penarik kereta. Sebenarnya ramai antara kita yang tidak tahu bagaimana si penarik kereta boleh mendapatkan maklumat kita dengan begitu mudah.

Ini kerana terdapat dikalangan pekerja bank tertentu yang bersengkongkol dengan si penarik kereta membekalkan maklumat peminjam secara tidak sah. Selain dari berbuat demikian, mereka juga akan terus berkerjasama dengan si penarik kereta dengan melakukan perkara seperti :
  • Mereka tidak akan membenarkan bayaran (stop payment) dibuat jika penarik kereta memaklumkan bahawa kenderaan yang mempunyai tunggakan berjaya ditemui.
  • Memberikan surat penarikan (R.O) terus kepada si penarik kereta bukan kepada PEMILIK
  • Mereka tetap mengeluarkan arahan untuk menarik kenderaan walaupun biasanya telah membuat perbincangan mengenai tarikh atau penundaan bayaran yang telah dipersetujui.
  • Membiarkan si penarik kereta menggunakan kenderaan yang ditarik dengan sewenang-wenangnya sebelum diserahkan kepada bank.
  • Menghantar surat saman serta tuntutan bagi kenderaan yang gagal ditebus semula
  • Bila kenderaan yang ditarik dan dilelong pada harga yang kurang daripada hutang, pihak bank akan mengenakan tindakan sivil kepada pemilik / bekas pemilik.
Perkara-perkara ini pasti akan berterusan walaupun ianya menyalahi etika sebagai pegawai di institusi kewangan dan selanjutnya sebagai pengguna kita mesti tahu cara untuk tidak terus menjadi mangsa penindasan si penarik kereta ini.

Di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010 yang berkuatkuasa pada Jun 2010, pihak bank tidak dibenarkan menarik kenderaan dimana pemiliknya telah melunaskan lebih 75% daripada jumlah pinjaman sewa belinya.

Selain itu ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui tentang syarat-syarat si penarik kereta yang harus mereka patuhi jika ingin menarik kenderaan kita. Jika mereka melanggar syarat yang ditetapkan, kita boleh melaporkan kepada pihak berkuasa. Antaranya kesalahan penarik kereta adalah seperti :
  • Undang-undang telah menetapkan bahawa kenderaan yang tertunggak dan diletakkan di dalam kawasan rumah (kawasan persendirian) tidak boleh ditarik sama sekali. Mereka harus menunggu pemilik kenderaan keluar dari rumah dan adalah menjadi satu kesalahan disisi undang-undang jika mereka menggangu serta memberikan tekanan kepada kita.
  • Kenderaan yang diletak di tempat letak kereta awam hanya boleh ditarik pada waktu bekerja sahaja.
  • Penarik kereta mestilah pekerja syarikat kewangan di mana pinjaman dibuat dan menunjukkan kad kuasa yang sah daripada KDN kepada pemilik sewaktu mahu menarik kenderaan tersebut.
  • Kenderaan hanya boleh ditarik setelah penarik kereta membuat laporan polis terlebih dahulu dan menuinjukkan salinan laporan kepada pemilik.
  • Penarik kereta yang mahu menarik kenderaan hendaklah datang tidak terlalu ramai (seminima mungkin) dan dilarang menggunakan kekerasan.
  • Pemilik hendaklah diberikan masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barangan peribadi daripada kenderaan yang mahu ditarik.
  • Pastikan kita menerima notis Jadual Keempat yang merupakan notis bertulis 21 hari yang menyatakan hasrat syarikat kewangan untuk menarik kenderaan bermotor. Selepas 14 hari dari tarikh notis Jadual Keempat dikeluarkan, notis kedua mestilah dihantar oleh wakil syarikat kewangan atau melalui pos berdaftar selepas luput tarikh notis Jadual Keempat.
Nasihat admin, jika anda didatangi si penarik kereta, anda berhak meminta untuk melihat kad kuasa mereka yang di keluarkan oleh pihak KDN dan memastikan kad mereka adalah sah kerana admin dapati ada kalangan mereka yang memalsukan kad kuasa mereka. 

Selain itu, anda dinasihatkan untuk melihat surat penarikkan (R.O) yang mereka bawa samada tertera kuasa untuk menarik disahkan atas nama siapa. Jika didapati berlainan dengan nama  yang terdapat didalam kad kuasa,  anda boleh melaporkan kepada pihak berkuasa.

Dan terakhir, waktu operasi si penarik kereta ini adalah dari jam 8.00 pagi sehingga jam 9.00 malam sahaja. Jika mereka memandai-mandai nak tarik kereta sebelum atau selepas waktu tersebut, sila halau mereka dengan batang penyapu...

11 ulasan:

  1. Sabtu dan ahad boleh tarik tak???

    BalasPadam
  2. Bank boleh mengeluarkan perintah penarikan balik kenderaan kepada Ejen Perolehan Semula (EPS).

    Bagaimana EPS Menarikbalik Kenderaan?

    a) EPS tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011.
    b) Semua ejen EPS hendaklah mempunyai permit yang sah yang dikeluarkan oleh Kementerian.
    c) Apabila hendak menarikbalik kenderaan, EPS hendaklah :
    a. mengemukakan dan menunjukkan permit yang sah,
    b. mengemukakan dan menunjukkan kad pengenalannya dan
    c. mengemukakan perintah pemilikan semula daripada bank atau daripada Mahkamah.

    Ini bermaksud EPS wajib berjumpa dengan penyewa, jika penyewa tiada, kenderaan tidak boleh ditarikbalik dan menjadi kesalahan jika ditarik. Kalau EPS tarik kenderaan tanpa kehadiran penyewa kemudian buat laporan polis ianya masih salah kerana laporan polis tidak diperlukan untuk menarik kenderaan.

    Apa Yang Perlu Ada Di Dalam Perintah Penarikan Kenderaan?

    Mesti ada :
    a) nama ejen,
    b) nombor permit,
    c) nama dan alamat bank dan
    d) tempat menyimpan kenderaan yang ditarik.

    Bila Kenderaan Boleh Ditarik?

    EPS hanya boleh menarik kenderaan dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

    Apa Berlaku Setelah Kenderaan Ditarik?

    Bank hendaklah mengeluarkan Notis Jadual Kelima dengan memberikan tempoh 21 hari kepada penyewa menyelesaikan tunggakan dan/atau keseluruhan hutang. Notis Jadual Kelima juga akan disertakan suatu notis penerimaan kenderaan yang ditarik yang mesti menyatakan jenis kenderaan yang ditarik, bila ditarik dan tempat ditarik.

    Apa Berlaku Setelah Tamat Tempoh 21 Hari?

    Jika tamat tempoh 21 hari tersebut penyewa masih tidak menyelesaikan tunggakan dan tidak mengambil semula kenderaan, Bank boleh melelong kenderaan dengan mengeluarkan Notis Lelongan dengan menyatakan tarikh, masa dan tempat lelongan akan dijalankan.

    ***************************************
    Perkara-perkara di atas adalah WAJIB dilakukan oleh Bank sebelum menarikbalik kenderaan dan menuntut jumlah hutang yang masih ada di bawah Perjanjian Sewa Beli. Jika mana-mana satu perkara tersebut tidak dilakukan, maka proses penarikan kenderaan menjadi tidak sah dan bersalahan dengan Akta 212. Sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah Akta 212 boleh dihukum jika sabit kesalahan dengan denda tidak lebih RM100 ribu bagi kesalahan pertama dan tidak lebih RM250 ribu bagi kesalahan berikutnya bagi sesebuah pertubuhan perbadanan. Jika bukan pertubuhan maka denda tidak lebih RM25 ribu bagi kesalahan pertama atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya dan denda tidak lebih RM50 ribu atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua.

    Jika perkara-perkara di atas tidak dilakukan oleh bank, penyewa berhak menuntut gantirugi kerana penarikan salah kenderaan dan membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas Akta Sewa Beli 1967.

    BalasPadam
  3. sy dapat akta ni.. bolh diguna pakai ke...

    BalasPadam
  4. bagaimana kalau kereta ada di tangan pihak lain.dan kereta diminta untuk ditarik atas permintaan peminjam?

    BalasPadam
  5. Sabtu & ahad boleh tarikh kereta ke?

    BalasPadam
  6. Kes sy pulk... sy beli kereta tp loan dgn syarikat toyota capital... lg 1 hari nk puase kereta kne tarik.. dye cume tnjuk ro shj.. tu pon ro fax dr toyota capital... sy sblom ni x prnh ad pngalaman kete kne tarik... sy pon serahkn la kete tu kt penarik kete tu... masing2 mcm samseng... pastu sy cube dptkn blek kete tu... tp mmg rumit sgt2 proses tu... smpaikn saman polis pon dye suruh setelkn dlu sblom buat payment tunggakkan tu... pstu dye mtk penjamin kedua sbb alasan yg dye ckp acc sy lemah... bnde tu sume perlu ke??? Pastu kete sy skrg ad dekat store bati berendam melaka... bole ke sy nk pegi ambik brg2 sy tu blek?? Mohon penjelasan.. klau ad sesiape bole bntu sy utk explain sume ni, contct sy di no 0178228094.. trime kaseh..

    BalasPadam
  7. Hello kalau hutang 2 bulan 21hari tpi lepas dapt surat penarikan ....terus bayar untuk 1 bulan tu kena tarik lagi kh...mohon bantuan

    BalasPadam
  8. Hello,kalau kereta dalam tahanan polis,kes dna mkmh,penyewa telah hntar srat mntk plepasan kenderaan kepada polis..tpi seperti tk dilayan.. Mnkala penyewa jga tidak dpt mnjelaskan byran blnn kerana tidak dpt bniaga dr trikh drmpas,penyewa juga telah mklum pd phk bank....tntg rmpasan kenderaan.. Pihk bank pula tidak mhu bkjasama dengn pnyewa kerana bank tdak dpt sbrg aduan dr polis atau mkmh tentang rampsan kereta...jd phk bnk tdk blh buat buat, dan pihk bnk sruh pergi ambil kereta diblai polis, ktany penyewa tiada sbrg rekod jenyh atau kesalahan...lgipun kereta nm penyewa bkn okt...mcm bola tlak sn tlak sni... Last last dh melebhi 2thun...agent trik kreta c... Sruh serah blk pd bnk...depa kna ambil kereta serah pd bnk... Tk mmpu byr serah blk.. .Jgn jd pnipu.. Ugut nk kluarkn smn pd pnywa dan pjmin...krana ro tk blh keluar sbb dh lbh 75prtus byrn....blehkah ro tarik kreta dlm thn plis dn kes dna? Adkh penyewa akn dpjra jka ggal byr? Siapakh yg plu brtggungjwb sdgkn pnywa tlh mklumkn tpi tdk dlyan... Hrp mklum seceptny... Perlu sgt jwapn dr phk tuan... T. Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lantik peguam, peguam lebih tahu akta dan prosedur sebenar.

      Padam

  9. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+16474864724 (Whatsapp Only)

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Credit Card Clearance Loan
    *Debt Consolidation Loan
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+16474864724 (Whatsapp Only)

    BalasPadam
  10. Do you need a genuine Loan to settle your bills and startup
    business? contact us now with your details to get a good
    Loan at a low rate of 3% per Annual email us:
    Do you need Personal Finance?
    Business Cash Finance?
    Unsecured Finance
    Fast and Simple Finance?
    Quick Application Process?
    Finance. Services Rendered include,
    *Debt Consolidation Finance
    *Business Finance Services
    *Personal Finance services Help
    Please write back if interested with our interest rate datanfincorpfinance@gmail.com
    Whats-app us on +918929593217

    BalasPadam