2 Mac 2013

Empat Bekas Pegawai Tentera Belot Menyertai Pakatan Rakyat

  1. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid
  2. Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab
  3. Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut)
  4. Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat)
Empat orang bekas pegawai tinggi tentera yang sekarang ini diarak ke sana ke mari oleh Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim, telah memberi alasan mengapa mereka memilih Pakatan Rakyat dan menceburi bidang politik.

Dan keempat-empatnya memberi alasan yang sama iaitu RASUAH dan PENYELEWENGAN.

Namun, berdasarkan kes, keempat-empatnya juga sebenarnya diberhentikan, dipecat, dibersarakan dan diturunkan tauliah kerana masalah disipilin, kehilangan enjin jet, penyelewengan pembelian logistik dan sebagainya.

Sekarang, mereka hendak bercakap tentang RASUAH dan PENYELEWENGAN yang kononnya dilakukan oleh pihak kerajaan sebagai punca mereka masuk Pakatan Rakyat?

Lawaknya!

Walhal, merekalah yang terlibat sepenuhnya dengan benda yang sekarang ini mereka tentang. Contoh paling utama melibatkan Abdul Hadi Abdul Khattab yang pangkatnya sebagai Brigadier Jeneral telah dicabut dan ditarik balik.

Mengapa tidak Abdul Hadi Abdul Khattab menerangkan punca yang menyebabkan dia dilucutkan tauliah dan jawatan selain keistimewaan dan gantirugi? Mengapa dia melalak di pentas-pentas PKR tentang penyelewengan dan rasuah tetapi dia tidak berani langsung menceritakan punca sebenar yang menyebabkan dia berhenti daripada perkhidmatan angkatan tentera Malaysia?

Keempat-empat bekas pegawai tinggi tentera yang bermasalah itu, cuba menutup cerita sebenar dengan berlakon konon-kononnya sebagai manusia yang teraniaya dan bencikan kejahatan. Sedangkan hakikatnya, mereka jadi seperti sekarang, masuk PKR dan membantu Anwar Ibrahim kerana mereka ada masalah lain yang mereka perlu tutup.

Macam Anwar Ibrahim jugalah, dia bermasalah dengan KOTE BENGKOK, dia bermasalah dengan penyelewengan dan rompakan wang negara, dia bermasalah dengan hubungannya bersama-sama Zionis, dia bermasalah dengan dirinya dan nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri... tetapi dia menutup segala masalah tersebut dengan pelbagai cerita RASUAH dan PENYELEWENGAN.

Hakikatnya, di Malaysia, setiap kali ada orang membuka mulut dan bercakap tentang RASUAH dan PENYELEWENGAN kerajaan, merekalah sebenarnya yang telah melakukannya dan mereka berusaha menutup perbuatan jahat masing-masing dengan cerita-cerita yang amat digemari oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan